Friday 22 November 2013

Produk RX i Memenuhi Syariah

Perlantikan Panel Syariah Memantau Perjalanan Perniagaan RXi

PER: PERLANTIKAN PANEL SYARIAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa efektif 16 September 2013, pihak Syarikat telah melantik panel syariah bagi memantau perjalanan perniagaan WorldWellness dan RxInternational. Berikut adalah maklumat ahli panel Syariah:

Haji Wan Johari Bin Wan Daud
Pemegang Ijazah Sains Agrikultur dari Universiti Malaya dan Ijazah Msc in Food Science dari University of Reading, United Kingdom. Berkhidmat untuk MARDI sejak tahun 1971 selama 30 tahun dan memegang, antaranya, portfolio Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Makanan di mana beliau berkerjasama rapat dengan JAKIM dan membantu JAKIM dalam proses pensijilan HALAL produk. Beliau juga penulis buku bertajuk "Exporting Halal Products" untuk MATRADE. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding bebas dalam industri Halal.

Ustaz Mohamad Murni Awang Mat
Pemegang Ijazah Islamic Jurisprudence & Arab Language dari University of Baghdad, Iraq. Berkhidmat selama 33 tahun dalam pelbagai jabatan Agama Islam di Jabatan Perkhidmatan Awam. Merupakan Pengarah Darul Quran Malaysia, JAKIM sebelum bersara pada tahun 2007. Beliau merupakan pelopor Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di dalam Jabatan Perdana Menteri dan menjadi ahli panel dalam Halal Endorsement Panel, Halal Industry Development Corporation dari tahun 2008-2009.

Dr Abidin Hamid
Pemegang Ijazah Sains Makanan dari UPM dan kemudian mendapat kedoktoran dalam Biosains & Bioteknologi dari University of Strathclyde, Scotland pada tahun 1986. Berkhidmat di MARDI selama lebih 28 tahun dan berkhidmat dalam Lembaga Penasihat Halal JAKIM, Jawatankuasa Teknikal SIRIM dan Jawatankuasa Pensijilan Halal JAIS.


3. Skop Panel Syariah ini adalah memastikan perjalanan Syarikat (dari segi pengurusan dll), pelan perniagaan, produk dan aktiviti adalah mengikut ketetapan Syariah. Pihak Syarikat akan terus berusaha untuk menaik taraf Panel dengan penambahan ahli-ahli lain dan juga perniagaan kami secara keseluruhannnya.

4. Untuk perhatian pengedar, menerusi ketetapan JAKIM efektif 2011, tiada badan atau organisasi lain dibenarkan mengeluarkan kenyataan HALAL/Syariah-Compliant kecuali JAKIM.

Semoga segala usaha kita diredhai oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment